Thursday, March 11, 2010

Keputusan Subjek Pengetahuan Sains Sukan SPM 2009 / 10, mengapa masih belum mencapai tahap yang memberansangkan?


Salam dan selamat sejahtera,semalam bersamaan dengan 11 Mac 2010,keputusan SPM telah dikeluarkan secara rasmi oleh itu saya mendapati masih ramai yang tidak dapat score A dalam paper Pengetahuan Sains Sukan dan ada juga pelajar yang gagal subjek tersebut.

Oleh itu saya memohon kerjasama dari semua guru, pelajar yang terlibat, yang mana mengambil subjek Pengetahuan Sains Sukan diperingkat SPM sama ada tahun ini atau sebelumnya dapat memberi pandangan tentang permasalahan yang dihadapi sehingga tidak dapat menghasilkan kualiti keputusan yang baik untuk saya kaji dan analisis untuk kepentingan semua pada masa akan datang.

Mari kita sama-sama memastikan keputusan Pengetahuan Sains Sukan pada 2011 adalah keputusan yang terbaik. Segala pandangan dan idea boleh dihantar sama ada dalam betuk post di FB atau di email saya naed3030@gmail.com atau naed3030@hotmail. com. Selamat maju jaya. Terima kasih

Monday, March 8, 2010

Pra Ujian Bulan Mac



Pra Ujian Bulan Mac 2010
SPM

Bahagian B (Struktur)
Jawab semua soalan
Tuliskan jawapan pada kertas jawapan yang telah disediakan
20 markah

21. Terdapat 11 sistem organ pada tubuh manusia.

a) Sebutkan 3 daripadanya
b) Nyatakan 2 fungsi sistem kadiovaskular
22. Nyatakan tiga jenis otot.

23. Nyatakan dua fungsi sistem otot

24.a) Namakan sistem pertandingan di atas.

b) Berapakah bilangan perlawanan bagi pertandingan di atas?

c) Senaraikan DUA kebaikan sistem pertandingan di atas.


25 Nyatakan lima jenis sendi sinovial


Bahagian C (Esei)
Pilih dan jawab satu soalan dari 3 soalan dibawah


26. Jelaskan secara ringkas tentang pengambilan makanan sebelum, semasa dan selepas sesuatu pertandingan atau sukan.

27. Jelaskan secara ringkas tiga jenis sistem tenaga yang digunakan semasa sukan dan berikan contoh yang sesuai bagi setiap penggunaan sistem tenaga tersebut.

28 Rajah 1, menggambarkan seorang ahli jawatankuasa sebuah pertubuhan sukan sedang menjalankan tugasannya.

a) Jelaskan tugas-tugas jawatankuasa yang digambarkan dalam rajah di atas. (4 markah)

b) Huraikan TIGA sumber utama kewangan yang boleh diperolehi untuk mengelolakan kejohanan tersebut. (6 markah)