Thursday, March 11, 2010

Keputusan Subjek Pengetahuan Sains Sukan SPM 2009 / 10, mengapa masih belum mencapai tahap yang memberansangkan?


Salam dan selamat sejahtera,semalam bersamaan dengan 11 Mac 2010,keputusan SPM telah dikeluarkan secara rasmi oleh itu saya mendapati masih ramai yang tidak dapat score A dalam paper Pengetahuan Sains Sukan dan ada juga pelajar yang gagal subjek tersebut.

Oleh itu saya memohon kerjasama dari semua guru, pelajar yang terlibat, yang mana mengambil subjek Pengetahuan Sains Sukan diperingkat SPM sama ada tahun ini atau sebelumnya dapat memberi pandangan tentang permasalahan yang dihadapi sehingga tidak dapat menghasilkan kualiti keputusan yang baik untuk saya kaji dan analisis untuk kepentingan semua pada masa akan datang.

Mari kita sama-sama memastikan keputusan Pengetahuan Sains Sukan pada 2011 adalah keputusan yang terbaik. Segala pandangan dan idea boleh dihantar sama ada dalam betuk post di FB atau di email saya naed3030@gmail.com atau naed3030@hotmail. com. Selamat maju jaya. Terima kasih

No comments:

Post a Comment